fbpx

Bisnes ketum bawa untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tiga dari kanan) menunjukkan rampas daun serta air ketum di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan tiga sindiket memproses dan menjual air ketum apabila memberkas 17 individu dalam tujuh siri serbuan di sekitar daerah Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri, Tangkak dan Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi yang dijalankan antara 27 Ogos sehingga 4 September lalu, individu yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warganegara Indonesia.

Mereka masing-masing berusia antara 20 hingga 56 tahun.

“Menerusi tujuh siri serbuan ini, Polis Johor berjaya merampas 542.73 kilogram (kg) daun ketum dan 300.80 liter air ketum bernilai RM8,435.30 selain beberapa peralatan memproses ketum turut dirampas.

“Tiga daripada 17 individu yang ditahan merupakan penjawat awam berusia antara 32 hingga 42 tahun atas kesalahan penyalahgunaan ketum,”katanya ketika pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak awal tahun ini menggunakan modus operandi membuat tempahan daun ketum dari negeri utara semenanjung sebelum dihantar menggunakan lori.

Jelasnya, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, mereka mengisytiharkan barangan yang dibawa sebagai barangan perkhidmatan perlu selain menyembunyikan daun ketum bersama barangan keperluan yang lain.

“Kegiatan ini menjadi popular sejak kebelakangan ini ekoran pasaran harga semasa tinggi serta permintaan meningkat.

“Sekilogram boleh mencecah RM80 dan satu liter air ketum yang sudah diproses dijual pada harga RM20,”katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine selain tiga individu mempunyai rekod jenayah lampau.

Jelasnya, daun dan air ketum yang dirampas mampu dibekalkan kepada 11,155 pelanggan.

Ayob Khan berkata, suspek direman antara tiga hingga tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI