fbpx

Individu dalam proses rayuan BPN dapat BKC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAHAR ABDULLAH (kanan) dalam sesi libat urus virtual oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui google meet di Bank Simpanan Nasional (BSN) Triang di Bera hari ini.

BERA – Individu yang masih dalam proses rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak akan terkecuali daripada menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang sedang mula dilaksanakan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, bayaran BKC kepada mereka akan dibuat selepas keputusan rayuan kelulusan BPN diperolehi yang dijangka pada September ini.

“Sekiranya layak mereka juga akan menerima BKC dan sekiranya tidak layak BPR kita akan gunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan sekiranya mereka memenuhi syarat M40 mereka juga tidak akan terkecuali menerima bantuan ini.

“Apa pun kita mesti bantu rakyat terkesan tetapi apa yang kita buat mesti mematuhi syarat yang ditetapkan,”katanya selepas menyaksikan program penyampaian BKC dan sesi libat urus virtual oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui google meet di Bank Simpanan Nasional (BSN) Triang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah BSN Pahang, Shahrul Anuar Hamid.

Menurut Mohd. Shahar insentif, BKC yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta isi rumah yang terjejas akibat Covid-19.

Jelasnya penerima bantuan BKC yang terdiri daripada golongan B40, M40 dan golongan bujang akan disalurkan dalam tiga fasa pada September, November dan Disember 2021.

“Apa yang penting untuk fasa pertama telah memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas dan 4.5 juta individu bujang yang akan dibayar secara berperingkat mulai hari ini,”katanya di sini, hari ini.

Sementara itu beliau berkata, secara keseluruhan peruntukan berjumlah RM17.1 bilion telah disediakan kerajaan tahun ini bagi melaksanakan BPN 2.0, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

“Mengambil kira pembayaran BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan dan BKC, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 10 juta penerima adalah sebanyak RM12.3 bilion manakala jangkaan baki pembayaran BPR (fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan 3) dan BKP pada September hingga Disember 2021 dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion,”ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI