fbpx

Graduan kejuruteraan usahakan kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERKAT kesabaran dan kesungguhan, kini kedai milik Raisuddin semakin maju dan berkembang daripada satu lot kepada tiga lot kedai yang terletak di Taman Sutera Jaya, Sungai Petani.

SELEPAS menamatkan pengajian daripada Universiti Malaya (UM) kira-kira enam tahun lalu, pemuda berusia 29 tahun itu memilih untuk mengikut kata hati terhadap kerjaya masa depannya.

Meskipun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan dan berpeluang cerah mendapat pekerjaan tetap, namun Muhammed Raisuddin Mohamed Yahaya nekad menceburi bidang keusahawanan.

Pemuda yang mesra disapa Raisuddin itu memilih pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah bagi mengusahakan perniagaan mesin vendor air minuman di beberapa buah sekolah.

Menurutnya, dia telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak menuntut di UM ketika semester ketiga, bermula dengan sebuah mesin vendor.

“Saya minat berniaga sejak belajar lagi. Di UM, saya berniaga air minuman di tepi-tepi tangga serta mengambil pesanan piza daripada pelajar lain.

“Pada semester ketiga, saya pinjam duit adik sebanyak RM10,000 untuk beli sebuah mesin vendor. Perniagaan itu berjaya dan saya menambah lagi empat mesin vendor selepas tamat belajar,”
katanya ketika ditemu bual iGen baru-baru ini.

Malangnya, perniagaan diusahakan itu sukar berkembang seperti diharapkan disebabkan kekangan daripada pihak tertentu sehingga memaksa Raisuddin mencari lapangan baharu.

Cerita bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia pernah menjadi pengimport barang plastik sebelum
dijual ke kedai-kedai makan serta mengusahakan perniagaan biskut.

“Saya dapati, perniagaan mesin vendor sukar untuk dikembangkan. Jadi, saya cuba lagi beberapa perniagaan lain yang difikirkan berpotensi untuk dimajukan termasuk membuat biskut dari rumah.

“Malangnya, hasil pulangan menerusi kedua-dua perniagaan berkenaan tidak mencapai sasaran diharapkan. Kemudian, saya memilih memulakan kedai runcit pula pada 2016,” tegasnya.

Raisuddin memaklumkan, berbekalkan modal permulaan RM50,000 yang dipinjam daripada sebuah agensi kerajaan, dia berjaya membuka kedai runcit dengan nama Raisy Wholesale Family Mart (Raisy).

KEJAYAAN perniagaan kedai runcit diusahakan Raisuddin berkat usahanya memenuhi setiap barang yang dimahukan pelanggan.

Ceritanya, kedai runcit yang terletak di Taman Sutera Jaya, Sungai Petani itu menawarkan pelbagai barang keperluan harian termasuk barangan segar dan sejuk beku.

“Sebelum ini, bapa saya pernah mengusaha sebuah kedai runcit. Jadi, sejak kecil lagi, saya sudah mempunyai pengalaman membantu bapa di kedai runcit.

“Justeru, selok-belok mengenai perniagaan runcit ini saya sudah tahu. Disebabkan itu, saya memberanikan diri meminjam wang bagi memulakan Graduan kejuruteraan usahakan kedai runcit
perniagaan,” ujarnya.

Pada tahun 2019, Raisuddin sekali lagi membuat pinjaman berjumlah RM200,000 bagi memperbesarkan
kedainya daripada satu lot kepada tiga lot kedai.

Menurutnya, kejayaan kedai runcitnya bertitik tolak daripada konsep yang diketengahkan iaitu lebih mesra keluarga, selain usaha memenuhi setiap barang diinginkan pelanggan.

“Kedai Raisy ini terletak di kawasan taman perumahan dan kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada
ketua keluarga yang ingin membeli barang keperluan harian seperti ikan dan sayur,” katanya yang berhasrat menambah cawangan kedai Raisy selepas ini.

Raisuddin berkata, setiap perniagaan mempunyai cabarannya tersendiri dan tidak terkecuali kedai runcit
terutamanya sewaktu musim pandemik Covid-19.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan hasil jualan, namun halangan tersebut dapat dihadapi dengan berbekalkan ilmu keusahawanan.

“Saya banyak menghadiri forum dan program berkaitan keusahawanan.

“Salah satunya adalah forum disertai bersama pengasas pasar raya Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

“Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya mengenai caracara mengendalikan perniagaan runcit, terutamanya ketika zaman ekonomi tidak stabil ini,” katanya.

Sebelum mengakhiri bicara, Raisuddin menasihati remaja yang berhasrat menceburi bidang perniagaan supaya melakukannya dengan penuh minat.

Jelasnya, apabila seseorang melakukan sesuatu perniagaan itu dengan minat, maka dalam situasi sukar
sekali pun mereka akan terus kekal dan tidak mudah mengalah.

“Pertama sekali anda perlu pastikan minat ke arah mana. Jika anda minat buat kek, maka jana pendapatan daripada situ. Apabila ada satu tempahan pun, anda pasti akan buat
disebabkan minat.

“Kalau berniaga kerana terpaksa atau ikut orang lain, anda akan cepat mengalah apabila perniagaan jatuh atau rugi. Saya dapati ramai usahawan muda menghadapi masalah ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI