fbpx

Azizulhasni terima surat tawaran biasiswa UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (tengah) menyerahkan dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa kepada Azizulhasni dalam satu sesi ringkas, hari ini.

PETALING JAYA – Jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang sudah menerima surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md. Amin Md. Taff berkata, Azizulhasni menerima tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat Sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau Doktor Falsafah (tiga tahun) bernilai RM103,700.

“Penawaran insentif kecemerlangan itu ditawarkan secara terbuka bermula 1 September 2021 hingga 31 Disember 2024.

“Tawaran berkenaan adalah penghargaan pihak UPSI atas pencapaian cemerlang atlet itu yang melakar kejayaan dalam basikal trek di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun baru-baru ini,” ujarnya.

Terdahulu, beliau menyerahkan dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa dalam sesi ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Perak hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan surat tawaran jawatan pensyarah universiti gred DS45/51/53 kepada jaguh berbasikal itu.

Ujar beliau lagi, melalui penerimaan tawaran itu membolehkan Azizulhasni memberi fokus dan tumpuan untuk meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024.

Sementara itu, Azizulhasni dilihat terharu apabila diraikan pada sesi tersebut dan beliau turut teruja ketika dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) disusuli sesi perkongsian pengalaman kejayaan dalam bidang sukan ‘From Zero To Hero’ secara online anjuran fakulti tersebut dan Persatuan Sains Sukan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI