fbpx

Petronas nafi staf kontraktor hilang 14 ahli keluarga akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan penafian Petronas berhubung dakwaan seorang staf kontraktornya yang kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

JOHOR BAHRU – Petronas menafikan dakwaan seorang individu yang merupakan kakitangan kontraktornya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat wabak Covid-19.

Petronas dalam satu kenyataan memberitahu, individu berkenaan telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat kenyataan palsu berhubung perkara tersebut.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya, semalam.

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Tunku Ismail dalam laman Twitter rasmi milik baginda semalam.

Tunku Ismail bertitah, pihak atasan telah menasihati Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” titahnya ringkas.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular berhubung kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI