fbpx

Imam, bilal tolak vaksin diberi sesi kaunseling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pejabat Pusat Khidmat ADUN di Kampung Landak, Pengkalan Chepa hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Golongan imam dan bilal yang didapati menolak suntikan vaksin Covid-19 akan diberi sesi kaunseling dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kepentingansuntikan vaksin dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau mengakui ada dalam kalangan imam dan bilal di negara ini yang menolak vaksin Covid-19 meskipun kadar jangkitan tinggi ketika ini.

Menurutnya, kerajaan akan terus berusaha memanggil golongan itu dengan memberi sesi kaunseling agar mereka tidak terus terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu.

“Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan suntikan vaksin Covid-19 merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Kita tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, sebaliknya sesi kaunseling akan diberikan. Pengambilan vaksin amat penting buat imam dan bilal kerana mereka berada di dalam kelompok masyarakat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad Marzuk, sesi kaunseling itu merupakan antara usaha kerajaan untuk memastikan semua kelompok masyarakat sedar bahawa kita kini hidup fasa endemik.

Katanya, sehubungan dengan itu, pengambilan vaksin merupakan antara ikhtiar untuk semua lapisan masyarakat untuk meneruskan kehidupan termasuk ekonomi dan sosial ketika ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI