fbpx

Lelaki kempunan khidmat seks, rugi RM13,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja swasta di Butterworth di sini kerugian wang sebanyak RM13,300 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket yang menawarkan perkhidmatan seks secara online semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa lelaki berusia 30-an itu dikatakan terjerat dalam penipuan tersebut selepas berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi sosial, Line.

Menurutnya, mangsa yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan seks yang ditawarkan oleh wanita itu kemudiannya telah dihubungi oleh individu lain sebagai ejen melalui aplikasi WeChat.

“Mangsa telah diminta membuat pembayaran melalui tambah nilai kredit virtual, Razer Gold di kedai serbaneka dan dijanjikan untuk mendapat khidmat seks di sebuah kondominium di Raja Uda, Butterworth.

“Lelaki itu turut telah membuat pembelian Razer Gold secara berperingkat sehingga mencecah RM13,300 dan menyerahkan nombor pin tambah nilai kepada suspek melalui WeChat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari dia ditipu selepas suspek gagal dihubungi sejurus dia membuat pembayaran tersebut dan tampil membuat laporan polis semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI