fbpx

Wanita tidak takut bawa beruang bersiar-siar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veronika dan beruang bernama Toptyzhka sering menghabiskan masa dengan bersiar-siar dalam kereta. - Caters

MOSCOW – Seorang wanita dari Novorsibirsk, utara Rusia mengakui berasa seronok ditemani seekor beruang Himalaya dewasa setiap kali bersiar-siar di dalam kereta, lapor akhbar The Sun, semalam.

Veronika Dichka, 24, memberitahu beruang yang dipanggil Toptyzhka itu berkelakuan baik apabila menaiki kenderaan untuk bersiar-siar.

Dia turut memaklumkan perasaan ingin tahu haiwan itu membuatkan ia berperangai jinak dan tidak mudah berasa takut ketika berada di dalam kereta.

“Apabila kami keluar bersiar-siar di dalam kereta, saya akan memberikannya makanan tambahan seperti sosej sebagai ganjaran.

“Toptyzhka sangat berminat dengan stereng kereta dan cuba mempelajari fungsinya,” jelas Veronika.

Dalam pada itu, wanita berkenaan memberitahu dia mula menghabiskan masa dengan haiwan  itu selepas menawarkan bantuan menjaganya daripada pemilik sebenar Toptyzhka, Maya Kirsanova.

“Ramai yang bertanya adakah saya berasa takut dengan Toptyzhka. Jawapannya tidak malah saya berasa selamat setiap kali berada di sampingnya,” ujar Dichka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI