fbpx
DAUN ketum antara barang yang diseludup keluar dari Malaysia. Gambar hiasan

Hantar ketum guna syarikat kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menghantar daun ketum menggunakan khidmat kenalan yang bekerja dengan syarikat kurier berdaftar merupakan taktik baharu yang dikesan dilakukan oleh pengedar barang terlarang itu susulan pelbagai sekatan dan penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Taktik tersebut dikesan digunakan oleh pengedar daun ketum melalui satu ‘private grup’ di Facebook menggunakan nama Pohon Ketum dan Encik Ketum dan hanya boleh diakses oleh individu yang ditapis sebelum di­sahkan menjadi ahli kumpulan.

Kaedah tersebut yang menggunakan kenderaan syarikat kurier juga mampu mengaburi pihak berkuasa selain sebagai satu cara mudah untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan di seluruh negara buat masa ini.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati, ramai ahli dalam grup tersebut membuat tempahan melalui ruangan komen selain mendakwa stok daun ketum sangat sukar diperoleh ketika ini.

Daun ketum semakin sukar diperoleh ketika ini susulan pelbagai sekatan dan penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19.

Difahamkan, perkhidmatan penghantaran itu berpusat di satu kawasan di Perak dan tempahan terbuka kepada semua individu yang ingin mendapatkan daun ketum kecuali dari Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber, kesukaran untuk mendapatkan stok daun ketum ketika pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menyebabkan pe­ngedar menaikkan harga barang tersebut sehingga mence­cah RM90 sekilogram.

“Sebelum ini, harga sekilogram daun ketum hanya sekitar RM20 ke RM30, namun akibat kesukaran untuk membuat perhantaran, harga daun ketum didapati telah naik secara mendadak.

“Kaedah ini sungguh mudah, pelanggan hanya perlu tunggu di rumah. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding biasa, ramai yang memilih cara ini ke­rana kurang berisiko,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelas sumber itu lagi, bagi individu yang ketagih atau terputus bekalan, laman web Tokopedia yang dipercayai dari Indonesia juga antara laman yang sering dikunjungi oleh golongan itu untuk mendapatkan bekalan.

“Bagaimanapun, Tokopedia hanya menyediakan serbuk daun ketum yang sudah siap diproses dan telah dibungkus selain dijual secara komersial pada harga sekitar RM8 hingga RM10 untuk 100 gram serta harga boleh mence­cah RM170 bagi sekilogram.

“Cara ini juga mudah, mungkin di Indonesia ketum diluluskan untuk dikomersialkan. Hanya campur air suam dalam serbuk ketum yang beli, cuma rasanya tidak seperti rebusan daun ketum yang sebenar,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN