fbpx

Bersabarlah Ziyad – Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI

PETALING JAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berharap agar atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli bersabar dengan dugaan dihadapinya.

Menurut Azizulhasni, beliau sendiri pernah dengan keadaan tersebut apabila pingat emasnya ditarik semula di Sukan Komanwel New Delhi pada 2010.

“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

“Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” katanya di Facebook hari ini.

Azizulhasni turut menasihati Muhammad Ziyad dengan berkata bahawa atlet tersebut perlu menerima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan terus mahu ke hadapan.

“Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat emas yang memang kepunyaan Ziyad itu.

“Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya. Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah dirampas secara terang-terangan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI