fbpx

Tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tujuh lagi lokaliti di tiga negeri iaitu Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan DIperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 15 September ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dua lokaliti melibatkan di Sabah iaitu Kampung Lotong, Kota Marudu dan Kampung Penangah, Tongod manakala di Kelantan ialah Kampung Lata Tuai, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kerian di Lata Rek, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai.

Katanya, dua lokaliti di Pahang pula membabitkan di daerah Bera iaitu Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah.

“Sementara itu, Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang dilanjutkan lagi PKPD sehingga 14 September ini yang sepatutnya berakhir esok, selain Kampung Hidayat, Batu 4, Tawau, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, satu lokaliti di Pahang iaitu Kampung Luit di Maran ditamatkan PKPD sebagaimana dijadualkan termasuk lima lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik; Kampung Sri Aman, Batu 3 1/2, Jalan Apas; Taman Semarak Jaya; Lorong Damai, Jalan Damai dan Lorong Haji Marzuki Jalan Damai.

“Kampung Kuala Abai di Kota Belud, Sabah pula ditamatkan lebih awal esok berbanding sepatutnya pada 1 September ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI