fbpx

Johor Port serlah semangat patriotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Derick mengedarkan Jalur Gemilang mini kepada seorang pemandu wanita yang membawa pelbagai muatan ke pelabuhan.

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port) menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara dengan melancarkan program JPB Semarak Merdeka 2021, iaitu kempen kibar Jalur Gemilang untuk membantu menyebarkan semangat patriotik.

Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Johor Port telah mengedarkan Jalur Gemilang mini kepada pengguna pelabuhan dan agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di pelabuhan serbaguna berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir turut serta mengedarkan Jalur Gemilang kepada pemandu lori yang membawa pelbagai muatan ke pelabuhan.

“Sebagai pintu masuk serbaguna di selatan Semenanjung, kami ingin memperlihatkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan menunjukkan solidariti kepada negara dalam tempoh yang mencabar ini.

“Oleh itu, kami mengibarkan Jalur Gemilang di pelabuhan untuk meraikan dan memperingati bulan Kebangsaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI