fbpx

Polis siasat aduan Jalur Gemilang dipasang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis melakukan siasatan dakwaan sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Buloh, Batu Pahat, Johor memasang bendera secara terbalik.

BATU PAHAT- Polis sedang menyiasat insiden penularan gambar memaparkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Suloh, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzuddin Rungai berkata, kejadian dipercayai berlaku hari ini susulan gambar tular di media sosial kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Bagaimanapun menurut beliau, setibanya pihak polis di lokasi kejadian, Jalur Gemilang tersebut didapati sudah diturunkan.

“Ekoran penularan gambar berkenaan, pihak polis tetap akan memanggil penjaga rumah ibadat tersebut dan individu lain yang didapati terlibat bagi membantu siasatan dan les disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI