fbpx

Durian hutan ‘kahwin’ raja buah kayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN menunjukkan anak pokok durian pelbagi jenis di Kampung Cenderak, Jelebu baru-baru ini.

JELEBU – Lebih 700 batang anak pokok durian pelbagai jenis antaranya durian musang king, IOI, duri hitam dan tembaga changlon laris dijual di Kampung Cenderak di sini sejak lebih setahun lalu.

Pengusahanya, Azman Abdul Malek, 51, berkata, dia mengambil inisiatif menjual anak pokok durian daripada benih yang berkualiti itu selepas menyedari trend orang ramai yang sudah mula mahu menanam pokok durian.

Menurutnya, anak pokok durian berkenaan dijual berdasarkan jenis dan saiz pada harga bermula RM25 hingga RM50 sebatang.

“Anak pokok ini berasal daripada benih durian hutan, jadi ketahanan batangnya memang kuat. Kita tanam dan semai, setelah besar, kita jadikan pokok penanti dan kahwinkan dengan musang king, IOI dan duri hitam.

“Sekarang ramai orang mahu tanam durian sebab harga buahnya susah nak jatuh. Jual durian kampung sahaja berharga RM10 sekilogram di Jelebu,” katanya ketika ditemui di nur­serinya di Kampung Cenderak di sini baru-baru ini.

Azman berkata, disebabkan permintaan yang cukup baik, dia juga menawarkan pakej penanaman pokok durian.

“Kita ambil pakej siap tanam dan siap baja. Sebatang pokok RM50. Kita beri jaminan satu bulan, jika bermasalah atau mati, kita akan ganti dengan anak pokok baharu.

“Saya jangka dalam tempoh empat ke lima tahun lagi, Je­lebu akan menjadi pusat pengeluaran buah durian,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI