fbpx

Sabah rehatkan Kurniawan serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KURNIAWAN direhat serta-merta selepas Sabah tumbang 0-4 kepada UiTM semalam.

KUALA LUMPUR – Sabah FC membuat keputusan mengejut apabila merehatkan ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto berkuat kuasa serta merta.

Sabah menerusi satu kenyataan rasmi mengesahkan, penolong jurulatih ketika ini, Burhan Ajui diberikan tanggungjawab menggantikan tempat Kurniawan buat sementara waktu, manakala tempatnya pula digantikan oleh Jelius Ating.

“Sabah FC yakin pengalaman yang dimiliki kedua-dua mereka ketika bersama pasukan bola sepak Sabah sejak 2017 akan dapat membantu skuad Badak mengharungi baki perlawanan sekali gus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Sabah FC berharap agar semua pihak khususnya penyokong sentiasa memberikan sokongan padu serta kepercayaan kepada pasukan dan mengembalikan prestasi cemerlang mereka dalam tempoh terdekat,” menurut kenyataan rasmi Sabah.

Kekalahan mengejut 0-4 kepada UITM FC di Stadium UITM, Shah Alam semalam menjadi aksi terakhir Kurniawan bersama Sabah yang kini menduduki tangga ketujuh Liga Super selepas 20 perlawanan.

Sebagai rekod, Sabah akan meneruskan baki dua perlawanan Liga Super bertemu Selangor di Stadium Likas, Kota Kinabalu (5 September) sebelum bertandang ke Ipoh menentang Perak FC pada 12 September nanti. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI