fbpx

Pengedar dadah dicekup miliki pil kuda, erimin 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil kuda dan erimin 5 yang dirampas bersama seorang lelaki di pangkalan haram Setor Kayu, Nibong dekat Tumpat semalam. - Foto IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas dadah jenis pil kuda dan erimin 5 bernilai RM19,450 selepas menahan seorang lelaki di kawasan pangkalan haram Setor Kayu, Simpangan dekat Tumpat semalam.

Rampasan kedua-dua bahan terlarang itu dilakukan ketika anggota PGA menjalankan rondaan rutin di kawasan itu kira-kira pukul 6 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, semasa rondaan, anggota PGA telah memeriksa seorang lelaki berusia 28 tahun yang berada dalam sebuah kereta sebelum menjumpai sejumlah wang tunai bernilai RM5,000 yang dipercayai hasil jualan dadah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu telah membawa kepada penemuan satu beg plastik mengandungi 1,198 biji pil kuda

“Anggota PGA turut menemui sebanyak 500 biji pil erimin 5. Kedua-dua bahan larangan itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mat Shukor, nilai keseluruhan rampasan dadah, kereta dan wang tunai itu dianggarkan RM44,480.

Katanya, kesemua rampasan dan suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI