fbpx

Tiga kampung di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiga perkampungan dalam Mukim Hulu Cheka di Daerah Jerantut, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin hingga 12 September depan.

Ia meliputi Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

Ia susulan Kluster Komuniti Batu Balai berpunca daripada seorang penduduk tempatan bergejala berusia 54 tahun yang positif Covid-19 sebelum menjangkiti 45 orang lain pula.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, selebihnya di Sabah yang turut dilaksanakan PKPD membabitkan empat lokaliti di Daerah Putatan melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai yang sudah merekodkan sejumlah 1,104 kes aktif wabak tersebut.

“Sementara itu, satu lokaliti di negeri berkenaan disambung lagi PKPD iaitu di Kampung Tuhau, Matunggong, Bahagian Kudat, manakala lapan lagi lokaliti ditamatkan serentak esok seperti dijadualkan setelah dikenakan PKPD sejak 16 Ogos lepas.

“Ia meliputi Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau; Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau; Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud; Perumahan Ladang Excellent Challenger 2, Beluran; Blok G, H, K dan L, Megalong serta Kawasan Perbandaran Dongongan Fasa 2, Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI