fbpx

‘Saya ada di Danga Bay, Johor saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat mengadakan live Instagram kelmarin.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjat Kamaruddin atau Sajat memberitahu secara terbuka bahawa dirinya berada di Johor selama ini.

Katanya melalui live di Instagram miliknya sebentar tadi bahawa dia tidak keluar dari negara sebaliknya berada di Danga Bay, Johor sahaja.

‘Mana ada saya kat luar negara, saya ada di Johor saja, Danga Bay, saya tidak tahu hendak cakap macam mana lagi, saya ada di Malaysia, tidak kemana-mana,’ jelasnya.

Sajat menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanya lokasi tempatnya bersembunyi selama ini.

Terdahulu, pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas mengetahui Polis Selangor bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesannya -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI