fbpx
Gambar hiasan

Rider p-hailing kerap langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Penunggang perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) dikesan kerap melanggar lampu isyarat berikutan kesalahan itu paling banyak direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kesalahan tersebut boleh menyebabkan penunggang p-haiiling ini dikenakan hukuman saman sehingga RM300.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, perbuatan itu dilakukan kerana penunggang p-hailing mengejar masa untuk tiba ke lokasi pelanggan sebelum mengambil pesanan seterusnya.

“Kita mendapat aduan kebanyakannya membabitkan langgar lampu isyarat. Mereka ini mengejar ‘trip’ semasa hantar makanan, jadi langgar lampu merah untuk cepat sampai.

“Aduan lain seperti kesalahan menunggang melawan arus dan aksesori motosikal tidak lengkap misalnya tiada dua cermin sisi motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau Operasi Khas Op Patuh Covid-19 di Jalan Sultan Azlan Shah Utara di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR