fbpx

Pertempuran Slim River diingati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharom (kanan) dan Md. Amin menunjukkan kesan peluru pada Jambatan Slim Village yang menjadi lokasi pertempuran semasa Perang Dunia Kedua.

IPOH – Inisiatif meletakkan papan tanda maklumat di lokasi pertempuran Slim River dipuji sebagai usaha menonjolkan kawasan bersejarah itu kepada pengunjung dan warga setempat.

Ia usahasama Persatuan Sejarah Malaysia (MHG) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Warisan dan Sejarah Perak dan Majlis Daerah Tanjung Malim.

Ketua Penyelidik dan Pengerusi MHG, Shaharom Ahmad berkata, ia diharapkan menjadi permulaan bagi usaha untuk memulihara sejarah kawasan tersebut.

Menurut beliau, pertempuran itu merupakan peristiwa penting apabila menjadi titik tolak kekalahan British dalam Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu khususnya di Perak.

“Pertempuran Slim River berlaku pada 6 Januari 1942 melibatkan rejimen infantri Jepun bersama 20 kereta kebal dengan dua buah briged tentera British dan India berkekuatan 3,200 anggota.

“Kesan tinggalan perang yang ada termasuk batu peringatan Jepun, jambatan di Trolak, laluan jalan lama antara Trolak dan Slim River dan jambatan yang tidak dimusnahkan oleh British di Kampung Slim,” ujarnya kepada Kosmo!

Turut hadir semasa pemasangan papan tanda ini ialah Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md. Taff dan Pengarah Muzium Pendidikan Nasional UPSI, Tajul Shuhaizam Said.

Ia dipasang kira-kira 50 meter dari Jambatan Slim Village yang menjadi lokasi pertempuran sengit.

Pertempuran ini menyaksikan 1,000 korban manakala banyak kelengkapan British musnah dan dirampas seperti 23 meriam, 6 meriam anti pesawat, 50 kereta perisai dan 550 trak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI