fbpx

JDT derma duit kejuaraan buat keluarga frontliner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super musim ini kali kelapan berturut-turut.

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) akan mendermakan duit kejuaraan Liga Super musim ini kepada tabung untuk keluarga petugas barisan hadapan.

Dedikasi itu dizahirkan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi entri di laman Facebook milik Johor Southern Tiger hari ini.

Usaha yang dilakukan Tunku Ismail itu dilihat sebagai suntikan semangat buat semua petugas barisan hadapan yang bertarung nyawa melawan pandemik Covid-19.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedikasikan kejuaraan Liga Super Malaysia Kelapan ini kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika pandemik Covid-19.

“JDT juga akan mendermakan duit kejuaraan liga kepada tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan,”titah baginda.

Terdahulu, JDT muncul juara Liga Super musim ini selepas menjinakkan skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi. Gol kemenangan dihadiahkan menerusi hatrik pemain sensasi kelahiran Brazil, Bergson Da Silva. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI