fbpx

Perak masih destinasi pelancongan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tiga dari kiri) semasa merasmikan Pelancaran Dark Tourism dan Geotourism Vouchers #TravelPerakLah di Kellie's Castle, Batu Gajah tahun lalu. Foto : ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Perak masih menjadi destinasi pilihan pelancong domestik walaupun berdepan dengan situasi sukar semasa pandemik apabila menerima kunjungan kira-kira 13.17 juta pelawat tahun lalu iaitu kedua tertinggi selepas Selangor.

Walaupun daripada segi angka ia menurun berbanding 2019 apabila menerima lebih 21 juta pelawat tetapi dilihat positif berdasarkan keadaan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, hitungan perbelanjaan pelawat domestik di negeri ini pada tahun 2020 pula dianggarkan RM3.8billion.

Menurut beliau, semua pihak mesti mengambil peluang melalui kekuatan Perak sebagai destinasi pelancongan domestik pilihan utama negara untuk memulih ekonomi rakyat dalam sektor ini.

“Perak kini berada pada fasa dua Pelan Pemulihan Negara yang membolehkan sektor pelancongan beroperasi walaupun tidak sepenuhnya, oleh itu kita akan mengambil beberapa insiatif strategik dalam masa terdekat.

“Pada waktu sama kita mengadakan kerjasama dengan pemain industri bagi menjayakan program vaksinaksi khusus untuk mengurangkan jurang bilangan perkerja industri yang belum divaksinasi bermula September ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beberapa inisiatif juga akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi merancakkan industri ini seperti pelancaran semula baucer pelancongan #TravelPerakLah Fasa I hingga III.

Program baucer pelancongan ini telahpun dilancarkan pada 1 Julai 2020 dan dilanjutkan tempoh penggunaan serta penebusannya di lokasi-lokasi pelancongan terlibat di Perak sehingga Jun tahun hadapan.

Dalam pada itu kata Nolee, lagu dan muzik video rasmi pelancongan Perak bakal dilancarkan pada Disember ini sebagai nilai tambah untuk merangsang kembali sektor pelancongan negeri.

“Penyampaian informasi melalui lagu amat mendapat respon yang tinggi daripada segenap golongan masyarakat menerusi platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI