fbpx

‘Obor-obor’ terbang di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek misteri berbentuk obor-obor dirakam di Wilayah Amur, Rusia. - The Sun

MOSCOW – Objek misteri berbentuk obor-obor  di langit wilayah Amur, Rusia mengejutkan penduduk tempatan yang berkesempatan merakam kejadian itu, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Objek bercahaya  itu terbang melintasi wilayah Amur pada bulan lalu dan rakamannya menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman YouTube Viral Hog, obor-obor yang menyerupai komet itu dilihat meluncur ke arah Bumi.

“Saya dan rakan-rakan menyaksikan gerakan objek di langit, kelihatan seperti komet tetapi bergerak perlahan dan akhirnya tampak seperti roket atau mesin terbang.

“Tidak lama selepas itu, ia meletup dan bertukar menjadi serpihan seperti obor-obor,” tulis penerangan video tersebut.

Seorang pengguna media sosial menjelaskan objek tersebut adalah meteor yang biasa melintasi atmosfera Bumi.

“Ini adalah meteorit dan ia satu fenomena biasa. Meteor akan terbakar apabila memasuki garisan atmosfera dan menghasilkan cahaya pada ekornya,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI