fbpx

Affin Bank catat untung lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank Berhad (ABB) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak  RM282.2 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM267.9 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi tahun ke tahun sebanyak  5.3 peratus itu dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang meningkat  iaitu sebanyak 26.4 peratus.

Ia turut disumbangkan oleh pertumbuhan sebanyak 7.8 peratus yang direkodkan daripada segmen perniagaan perbankan Islam.

“Keputusan tersebut dicatat dalam persekitaran yang sukar ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kami terus melabur dalam digitalisasi bagi membina pengukuhan perniagaan untuk jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan.

Wan Razly menjelaskan, pendapatan daripada perbankan Islam telah bertambah baik sebanyak RM18.6 juta atau  7.8 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 kepada RM255.6 juta berbanding RM237 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi jumlah pinjaman Kumpulan pula, pendahuluan dan pembiayaan tumbuh sebanyak 7.1 peratus kepada  RM48.2 bilion, disumbangkan oleh pertumbuhan daripada segmen perbankan perniagaan sebanyak 23.4 peratus dan  11.7 peratus daripada segmen perbankan komuniti.

Mengenai deposit bank pula, akaun simpanan dan akaun semasa (CASA) tumbuh 24.1 peratus tahun ke tahun kepada RM11.9 bilion hasil daripada peningkatan yang ketara dalam kadar CASA kepada 22.1 peratus pada 2Q2021 berbanding 19.9 peratus tenmpoh sama tahun 2020.

Deposit pelanggan Kumpulan meningkat sebanyak 11.4 peratus tahun ke tahun kepada RM53.8 bilion pada 30 Jun 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI