fbpx

TH saran tukar akaun dewasa elak gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan Tabung Haji.

PETALING JAYA- Lembaga Tabung Haji (TH) menyarakan kepada pendeposit khususnya bagi mereka yang melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar kepada Akaun Dewasa.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, setakat ini, sebanyak 700,000 pemegang Akaun Kanak-Kanak melebihi umur 18 tahun telah dikenal pasti.

“Bermula 1 Disember 2021, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Bagaimanapun, katanya, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

“TH ingin menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk menukar status akaun.

“Ia bagi memastikan tidak timbul kesulitan di masa akan datang,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH,morang ramai boleh merujuk di www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI