fbpx

Selepas 45 hari, isteri Badrol Shah akhirnya ‘pergi’ jua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADROL menerusi satu hantaran Instagram mengesahkan Allahyarham Fara menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas 23 hari ditidurkan akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas 45 hari bertarung nyawa akibat Covid-19, isteri kepada pelakon Badrol , Shah atau Bad iaitu Farah Shila Mazlan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar pukul 8.15 pagi, hari ini.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh pelakon kerdil yang popular menerusi filem Busut Bonang itu dalam Instagram miliknya.

“Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir di HKL selepas 45 hari bertarung Covis-19,” katanya.

Menerusi hantaran mesej pesanan suara yang dikirimkan kepada Kosmo! Online, Bad memberitahu dia dia kini masih berada di HKL untuk proses pengecaman jenazah isterinya.

“Arwah isteri saya dijangka akan dikebumikan esok, selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh, Batu Caves. Insha-Allah,” katanya.

Terdahulu, Bad menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya memaklumkan bahawa isterinya disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, Bad memuat naik satu lagi hantaran memaklumkan berlaku salah faham tentang penjelasan yang diberitahu doktor.

Sekadar info, difahamkan, Allahyarham isteri Badrol yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dijangkiti virus berkenaan ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

Badrol yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil mendirikan rumah tangga pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.

Sebelum ini, pasangan itu juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11 dan Putri Farah Norhaziqah, 7. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN