fbpx

Kadar IHP naik 2.2 peratus pada Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan IHP secara positif menunjukkan pertambahan kuasa beli pengguna berbelanja dalam keadaan persekitaran sukar kini telah memberi petanda baik kepada pemulihan ekonomi. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi utama meningkat 2.2 peratus pada Julai lalu kepada paras 122.5 berbanding 119.9 bulan sama tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan secara bulanan pula, IHP menurun sebanyak 0.6 peratus berbanding Jun tahun sama.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan sederhana ini antaranya disebabkan oleh diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) untuk tempoh tiga bulan berkuat kuasa 1 Julai lalu.

“Bagaimanapun, IHP masih kekal positif memandangkan terdapat kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada Julai lepas berbanding setahun yang lalu.

“Peningkatan ini juga didorong kenaikan dua digit dalam kumpulan pengangkutan iaitu 11.6 peratus berikutan penetapan harga siling petrol RON95 kepada RM2.05 seliter sejak Mac lalu berbanding harga purata RM1.69 pada Julai 2020,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mohd. Uzir menjelaskan, IHP bagi tempoh Januari hingga Julai lepas pula menunjukkan peningkatan 2.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurutnya, lima negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasio­nal 2.2 peratus pada Julai lalu berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Negeri terbabit adalah Terengganu (2.8 peratus), Pahang (2.5 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.4 peratus), Kelantan (2.4 peratus) serta Sarawak (2.3 peratus).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol.

“Peningkatan tertinggi dica­tatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (dua pera­tus),” katanya.

Tambah beliau, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol nasional iaitu 1.3 peratus pada Julai 2021 berbanding Julai 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI