fbpx

China mahu bina kapal angkasa sepanjang 1,600 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
China buat masa ini sedang membina stesen angkasa lepas Tiangong dengan modul pertama telah dilancarkan ke orbit Bumi rendah pada Mei lepas. – AFP

BEIJING – China bakal membina sebuah kapal angkasa bersaiz mega yang memiliki panjang sehingga 1,600 meter di angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Susulan perancangan tersebut, Yayasan Sains Semula Jadi Nasional China telah mengajak para saintis untuk menyertai projek selama lima tahun itu bagi menilai potensi kapal angkasa bersaiz gergasi itu.

“Kapal angkasa seperti itu merupakan peralatan aeroangkasa strategik utama untuk kegunaan sumber-sumber angkasa lepas pada masa akan datang, penerokaan misteri alam semesta dan untuk berada di orbit bagi jangka panjang,” kata yayasan tersebut.

Menurut rangka kerja yang diterbitkan oleh yayasan itu, kapal angkasa tersebut perlu dibina menggunakan modul-modul gergasi yang kemudiannya akan dilancarkan ke angkasa lepas sebanyak beberapa kali.

Ia kemudiannya akan disatukan semula di luar Bumi.

Mereka yang terlibat dengan projek tersebut akan diminta untuk mencari jalan bagi meminimumkan berat komponen-komponen yang digunakan untuk mengurangkan kos serta bilangan pelancaran yang perlu dilakukan.

China buat masa ini sedang membina stesen angkasa lepas Tiangong dengan modul pertama telah dilancarkan ke orbit Bumi rendah pada Mei lepas. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN