fbpx

Berkhemah tempat tinggi elak tragedi, bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PILIH khemah yang mudah dipasang bagi menjimatkan masa, selain dapat merehatkan minda

SEJAK awal tahun ini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 dalam masyarakat.

Akibat pelaksanaan PKP 3.0, masyarakat ditegah melakukan aktiviti sebarang sukan, rekreasi dan
riadah, terutamanya melibatkan lebih daripada seorang.

Bermula 20 Ogos lalu, kerajaan memberi lampu hijau kepada individu lengkap menerima vaksin Covid-19 termasuk di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara menjalani aktiviti sukan, rekreasi dan riadah.

Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan aktiviti-aktiviti tanpa melibatkan sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) yang terpakai di daerah sama sahaja.

Rata-rata masyarakat menyambut baik kebenaran tersebut terutamanya aktiviti riadah yang melibatkan
perkhemahan terutamanya selepas lebih tiga bulan berkurung di dalam rumah.

Menerusi kebenaran tersebut, orang ramai sudah boleh membawa keluarga melakukan aktiviti
perkhemahan di kawasan hijau bagi menenangkan minda seperti tempat rekreasi air terjun atau hutan lipur.

Dalam kegharaian melakukan aktiviti tersebut, ramai tidak tahu langkah dan persiapan yang perlu
dilakukan bagi memastikan perjalanan perkhemahan berjalan lancar terutamanya kepada golongan pemula (beginner).

Minggu ini, Horizon ingin memberikan tip tentang perkara perlu diberi perhatian bagi memastikan
perkhemahan anda bersama orang tersayang berjalan dengan sempurna.

Pilihan khemah

Terdapat pelbagai jenis khemah yang boleh dipilih oleh anda di pasaran. Pilih khemah yang
mudah dipasang sekali gus menjimatkan masa anda.

Pastikan juga khemah diperbuat daripada bahan kalis air bagi memastikan anda kekal kering sekiranya hujan.

Pengudaraan yang baik juga perludiberi perhatian bagi memboleh anda berasa selesa ketika di dalam khemah.

Kawasan perkhemahan

Pada zaman serba canggih ketika ini, anda boleh membuat carian dan tempahan tapakperkhemahan menerusi online. Terdapat banyak tempat perkhemahan di negara ini yang boleh dipilih sama ada di tepi pantai, kawasan hutan lipur atau air terjun.

Pastikan tempat perkhemahan yang dipilih dilengkapi dengan kemudahan
asas seperti bilik mandi, tandas dan lampu.

Sebagai seorang pemula, kemudahan tersebut membolehkan anda lebih selesa berkhemah.

Bekalan makanan

Pastikan anda membawa bekalan makanan mencukupi ketika melakukan perkhemahan.
Bekalan makanan dibawa perlu selari dengan jumlah hari anda berkhemah.

Sebaiknya, rancang penyediaan makanaan sebanyak tiga kali iaitu sarapan, makan tengah hari, makan
malam.

Sebaiknya, bawa makanan yang siap dimasak atau dalam tin kerana lebih mudah disediakan.

Anda tidak perlu masak hidangan berkenaan, sebaliknya cukup sekadar memanaskannya semula.

RANCANG aktiviti menyeronokkan bagi menjadikan perkhemahan lebih bermakna.
GAMBAR HIASAN

Bersedia hadapi hujan

Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, anda disarankan supaya
membuat perancangan awal.

Pastikan, anda berkhemahdi kawasan lebih tinggi dan jauh daripada aliran anak sungai ketika
waktu hujan.

Ia bagi mengelakkan khemah andamdimasuki air atau dibawa arus kepala air.

Anda juga digalakkan membawa kelengkapan seperti baju tebal, baju kalis air, kasut getah bagi keselesaan sewaktu hujan turun.

Rancang aktiviti

Tidak seronok sekiranya berkhemah sahaja tanpa melakukan aktiviti yang boleh mengeratkan silaturahim bersama insan tersayang.

Justeru, anda disarankan supaya merancang pelbagai aktiviti bermanfaat sepanjang
perkhemahan.

Antara aktiviti yang bolehmdilakukan adalah mendaki, mandimanda, barbeku dan bermain
bersama.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI