Saingan Liga Fantasi Kosmo! minggu kedua (GW2) sudah berakhir apabila tamatnya saingan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) melibatkan West Ham United menentang Leicester City pada awal pagi semalam.
Hampir 6,000 pendaftaraan telah dilakukan oleh peminat Fantasy Premier League (FPL) untuk menyertai Liga Fantasy Kosmo! pada minggu kedua dengan persaingan antara pasukan yang cukup sengit.
Selepas panel pemilihan melakukan semakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan, lima pemenang dengan jumlah mata tertinggi mingguan akan menerima hadiah RM200 setiap seorang.
Pemenang-pemenang mingguan kali ini adalah pasukan Kambing (Kambing Utara), AdikSu (Pep The Scammer), BaRaKuda FC (Tigerbukh Masri), WEEKLY PICK Xi (Sir Julius Kelzer) dan Sek Tanjung (Syahrizal Said).
Kesemua pemenang terbabit boleh menghubungi Media Mulia Sdn. Bhd. di talian 03-7455 6488/6439 untuk proses menuntut hadiah.
Kepada pembaca Kosmo! yang terlepas peluang menyertai GW1, peluang untuk anda sertai Liga Fantasi Kosmo! Masih terbuka dan boleh berbuat demikian dengan mengikuti platform media sosial Kosmo!
PEMENANG LIGA FANTASI KOSMO!
Pasukan: Kambing (108 points)
Nama Pengurus: Kambing Utara
Pasukan: AdikSu (104 points)
Nama Pengurus: Pep The Scammer
Pasukan: BaRaKuda FC (102 points)
Nama Pengurus: Tigerbukh Masri
Pasukan: WEEKLY PICK Xi (101 points)
Nama Pengurus: Sir Julius Kelzer
Pasukan: sek tanjung (96 Points)
Nama Pengurus: Syahrizal Saidi















