fbpx

Malaysia diundi bersama Jepun, England dan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia tidak berdepan laluan mudah pada saingan kali ini selepas diundi bersama Jepun, England dan Mesir

MALAYSIA tidak berdepan laluan mudah pada saingan Piala Sudirman 2021 yang dijadualkan berlangsung di Vantaa, Finland bermula 26 September hingga 3 Oktober depan apabila diundi dalam kumpulan sukar.

Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama Jepun, England dan Mesir, sekali gus bakal menjanjikan saingan sengit bagi merebut slot ke pusingan kalah mati.

Justeru, Malaysia perlu menghuni kedudukan dua teratas saingan peringkat kumpulan sekiranya mahu melangkah ke pusingan seterusnya, namun Jepun dan England dilihat mampu menjadi penghalang.

Sementara itu, juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama Thailand, Finland dan India manakala Kumpulan B dibarisi oleh Taiwan, Korea Selatan, Tahiti dan Jerman.

Saingan Kumpulan C pula akan menyaksikan perebutan antara juara edisi 1989, Indonesia, Denmark, Rusia dan Kanada.

Pada edisi 2019 yang berlangsung di Nanning, China, pasukan negara menamatkan saingan di peringkat suku akhir selepas akur dengan kekalahan 0-3 kepada Jepun.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan berpasukan campuran itu adalah ketika melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada China 0-3 pada 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI