fbpx
AUREL HERMANSYAH

Aurel sedih dituduh pura-pura hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini pasangan popular Indonesia iaitu penyanyi, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar mengumumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu bapa apabila Aurel kini sedang hamil tiga bulan.

Berita gembira tersebut bagaimanapun mengundang respons sebaliknya. Hati Aurel dan Atta terguris dituduh segelintir netizen yang mendakwa cerita sedemikian sengaja direka-reka untuk meraih perhatian ramai.

“Sebenarnya kamu tidak hamil. Itu cuma alasan sahaja untuk meraih perhatian,” tulis seorang netizen.

Kesal dengan tuduhan tersebut, Aurel yang pernah mengalami keguguran sebelum ini membalas menempelak bahawa netizen yang berfikiran sebegitu adalah seorang manusia jahat.

“Kamu sangat jahat kerana berfikir saya sedang berbohong tentang kehamilan ini,” ujarnya.

Aurel menjelaskan dia bimbang jika berita kehamilannya didedahkan terlalu awal, perkara sama beberapa bulan lalu (keguguran) akan berulang.

“Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

POPULAR