fbpx

Wanita tawar khidmat seks didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.- Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA PILAH – Seorang wanita yang masih bujang didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat seks.

Jika gagal membuat pembayaran, wanita berkenaan akan berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Majistret, Saiful Sayoti selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel, tertuduh telah mencari langganan bagi maksud persundalan.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Nur’Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Seksyen, di sini, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menjadi orang tengah bagi persundalan ke atas Junaidah pada 1 Ogos kira-kira pukul 11.50 pagi bertempat di sebuah bilik di Melang Inn Hotel.

Tertuduh, Lim Kevin, 38, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dituduh mengikut Seksyen 372(1) (f) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 15 tahun, sebatan dan denda.

Norma kemudiannya menawarkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes adalah pada 23 September ini.

Selain itu, Norma turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan dikehendaki lapor diri di balai terhampir pada setiap bulan.

Pendakwaan dilakukan DPP, Christhoper Enteri Anak Mawan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI