SEBAGAI rakyat Malaysia yang prihatin, sempena Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi, marilah sama-sama kita meraikannya demi mengingatkan sejarah perjuangan orang terdahulu menuntut kemerdekaan negara.
Di samping itu, ekoran sambutan kemerdekaan negara pada masa pandemik yang masih tidak kunjung reda ini, kita boleh menderma dengan membeli produk batik keluaran syarikar Nyonya Kain secara dalam talian.
Syarikat itu melakukan kerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) untuk mempertingkatkan sistem kesihatan di negara ini agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
———————————————————————————————————————————————————————————————————————–
SEMPENA Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya tidak melupakan warisan seni negara seperti tekstil batik dalam memperagakan fesyen.
Antara pihak yang menitikberatkan batik dalam rekaannya adalah kedai batik dan tekstil secara online, Nyonya Kain.
Nyonya Kain menawarkan pelbagai produk batik buatan tangan seperti pakaian dan aksesori dengan menerapkan konsep sifar pembaziran yang memastikan setiap helai kain digunakan dalam produk mereka.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai batik dan pelbagai penggunaannya dalam meraikan kemerdekaan negara, Nyonya Kain turut melancarkan kempen #BatikForEveryone #Merdeka dengan pelbagai inisiatif secara online seperti cabaran tarian tradisional.

Sejajar dengan kempen tersebut yang berlangsung sekarang sehingga 16 September ini, Nyonya Kain mengajak seluruh rakyat untuk menghargai seni tempatan dengan produk-produk batik.
Tidak cukup dengan itu, sempena sambutan kemerdekaan dalam situasi pandemik semasa bersandarkan semangat merdeka dan #kitajagakita, Nyonya Kain melancarkan kempen komuniti bersama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
Kempen ini bertujuan menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam usaha mereka untuk memperkuatkan sistem kesihatan bagi mendepani peningkatan pesakit Covid-19.
Menerusi usaha kolaboratif itu, Nyonya Kain akan menyumbang 20 peratus daripada hasil jualannya yang berlangsung sejak Julai lalu sehingga 31 Raikan merdeka ketika pandemik dengan batik Stailo Oktober depan.
Kerjasama tersebut merupakan usaha memberi bantuan perubatan secara keseluruhan di Malaysia termasuk menyokong pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak untuk memudahkan masyarakat mendapatkan suntikan itu.
Sumbangan itu juga menyediakan bantuan kemanusiaan berterusan kepada pihak terlibat termasuk hospital, sukarelawan dan barisan hadapan perubatan.
Menurut Pengasas Nyonya Kain, Dayana Reza, pihaknya sangat memahami kesusahan yang dialami masyarakat ketika pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

“Sehubungan itu, pihak kami ingin melaksanakan tanggungjawab korporat dengan memberi bantuan untuk bersama-sama mengharungi cabaran Covid-19 ini.
“Bantuan ini akan digunakan bagi menyalurkan peralatan perubatan yang sangat diperlukan, begitu juga keperluan penting lain untuk kegunaan sektor perubatan,” katanya.
Sepanjang kempen itu, pelanggan boleh membeli apa sahaja daripada rangkaian produk Nyonya Kain seperti pakaian dan aksesori di laman web www.nyonyakain.com.
“Saya selalu percaya bahawa perniagaan mempunyai kuasa untuk menunjukkan kasih sayang dan perhatian kepada masyarakat yang sangat memerlukan pertolongan kita,” ujarnya.














