fbpx
Resit yang menunjukkan wang tip yang diberikan oleh seorang pelanggan restoran di Florida kepada 10 pekerja bernilai AS$10,000 (RM42,168). - Instagram

Pelanggan ‘belanja’ pekerja restoran wang tip RM42,165

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE, Florida – 10 pekerja sebuah restoran di Florida, Amerika Syarikat (AS) mendapat durian runtuh apabila diberi duit tip sebanyak AS$10,000 (RM42,165) oleh seorang pelanggan mereka, ,lapor laman United Press International (UPI) semalam.

Perkara itu dimuat naik menerusi akaun Instagram Restoran Wahoo Seafood Grill yang menunjukkan sehelai resit memaparkan  jumlah tip diberikan seorang pelanggan kepada  10 kakitangan yang datang bekerja pada hari tersebut.

“Seorang pelanggan membuat keputusan untuk memberikan 10 pekerja di restoran ini wang tip sebanyak AS$1,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan keberanian kami datang bekerja di musim pandemik.

“Saya bukan seorang yang mudah terharu tetapi ini adalah satu perbuatan yang sangat mengagumkan,” tulis pemilik restoran, Shawn Shepherd.

Tambah Shepherd, kehadiran pelanggan seperti itu menjadikan semangatnya untuk mempertahankan perniagaan di musim pandemik semakin tinggi dan yakin. – Agensi

POPULAR