fbpx

Krisis ekonomi akibat Covid-19 tingkatkan kematian bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati bahawa terdapat pertambahan kira-kira 267,000 bayi yang meninggal dunia pada tahun 2020 di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana susulan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Bank Dunia itu mendedahkan, angka tersebut adalah tujuh peratus lebih tinggi daripada jumlah kematian melibatkan bayi yang kebiasaannya dilaporkan setiap tahun.

Dalam kajian tersebut, pasukan penyelidik mengkaji kesan kemerosotan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara terhadap daya ketahanan kanak-kanak berusia sehingga 12 bulan.

Kumpulan penyelidik berkenaan meneliti kadar KDNK di 128 buah negara berpendapatan rendah dan sederhana termasuk di Afrika, Asia Selatan dan Timur, Asia Barat serta Eropah.

Seterusnya, mereka menilai kadar kematian bayi bagi setiap 1,000 kanak-kanak.

Hasil kajian mendapati sebanyak 267,208 bayi di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana meninggal dunia pada tahun 2020, meningkat tujuh peratus daripada kira-kira 248,000 kematian bayi yang diramalkan bagi tahun lepas. 

Angka tertinggi kematian dicatatkan di rantau Asia Selatan dengan seramai 113,141 bayi atau  kira-kira 42 peratus daripada jumlah kematian keseluruhan pada tahun lepas.

Selain itu, daripada kesemua negara terlibat, India mempunyai jumlah kematian bayi baru lahir tertinggi iaitu sebanyak 99,642 orang.

“Jumlah lebihan kematian dalam kalangan bayi yang dianggarkan dalam analisis ini membuktikan bahawa kumpulan umur tersebut adalah mudah terdedah terhadap masalah ekonomi seperti yang disebabkan oleh pandemik Covid-19,” kata penulis-penulis kajian tersebut.

Tambah mereka, terdapat beberapa penyebab yang mendorong kepada kadar kematian tinggi dalam kalangan bayi ketika krisis kejatuhan ekonomi.

Ia termasuk tidak mendapat nutrisi yang lengkap, kurang mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan serta kualiti rendah bagi perkhidmatan seperti itu.

“Dalam masa semua negara, sistem kesihatan dan komuniti global meneruskan usaha untuk mencegah dan merawat Covid-19, kita juga perlu mengambil berat akan sumber-sumber yang ada untuk menstabilkan sistem kesihatan serta menguatkan jaringan keselamatan sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN