fbpx
Lelaki tersebut mencuri seluar dalam dan menulis perkataan-perkataan yang tidak senonoh. – Gambar hiasan/Facebook

Kebas seluar dalam janda kerana cinta ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gara-gara cinta tidak dibalas oleh seorang janda, seorang lelaki bertindak mencuri seluar dalam wanita itu dan menulis perkataan-perkataan tidak senonoh, lapor laman berita Suara.com, kelmarin.

Kejadian di Kampung Kubangjaya dalam wilayah Jawa Barat itu berlaku pada Jumaat lalu. Lelaki tersebut dikatakan patah hati kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.

Menurut seorang pemimpin setempat bernama Sukandar, lelaki itu mencuri seluar dalam wanita berkenaan yang sedang dijemur di hadapan rumah mangsa .

“Dia mungkin berasa sedih kerana wanita itu tidak menyukainya, lantas nekad mencuri dan menulis perkataan-perkataan tidak senonoh pada seluar dalam yang dicuri itu.

“Wanita itu kemudiannya menjerit dengan menyebut perkataan ‘pencuri’.

“Lelaki itu juga hampir dipukul oleh penduduk setempat,” kata Sukandar.

Suspek pada awalnya cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh penduduk yang terdengar jeritan wanita berkenaan.

Mereka kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada balai polis berdekatan dan butiran lanjut mengenainya tidak dinyatakan. – Agensi

POPULAR