fbpx

Lelaki curi dan kumpul 730 pakaian dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua pakaian dalam wanita yang ditemui di pangsapuri didiami Urata dirampas polis. – Balai Polis Bandar Beppu

TOKYO – Seorang lelaki dari bandar Beppu, Jepun diberkas polis kerana didapati mencuri dan menyimpan 730 helai coli dan seluar dalam wanita dari beberapa buah kedai dobi, lapor akhbar New York Post semalam.

Tetsuo Urata, 56, ditahan minggu lepas selepas polis menemui beratus-ratus helai seluar dalam dan coli wanita yang disimpan di pangsapuri didiaminya.

Penemuan tersebut dilakukan selepas seorang pelajar kolej berusia 21 tahun membuat laporan polis dan mendakwa bahawa Urata mencuri enam helai pakaian dalamnya di sebuah kedai dobi pada 24 Ogos lepas.

Hasil intipan, polis berjaya mengekori suspek ke pangsapurinya seminggu selepas laporan dibuat.

Menurut  stesen televisyen tempatan, Abema TV, Urata mengaku mencuri kesemua pakaian dalam tersebut.

“Kami tidak pernah merampas seluar dalam sebanyak ini dalam masa beberapa tahun,” kata seorang jurucakap polis kepada Abema TV.

Polis bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kedai dobi yang telah menjadi sasaran Urata dan tempoh masa kesemua barangan itu dicuri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI