fbpx

73.9 peratus penjawat awam lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 73.9 peratus penjawat awam di negara ini lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 12 Ogos lalu.

Maklumat itu disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman ketika lawatan pengoperasian Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) di Kompleks F, Putrajaya hari ini.

Mohd. Khairul Adib meninjau pengoperasian CITF di Kompleks F, Putrajaya hari ini.

MOSTI dalam satu kenyataan di Facebook berkata, struktur CITF menekankan kepada tindakan bersepadu pelbagai kementerian dan badan kerajaan bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dilaksanakan secara kemas, lancar dan teratur dalam mencapai objektifnya.

“Penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari lalu bagi memastikan pengagihan vaksin dapat dibuat dengan sempurna.

“CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau rangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI