fbpx

Terlalu berisiko, Elvina Mohamad enggan hamil waktu pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELVINA menunda perancangan hamil anak kedua tahun ini kerana bimbang dengan kes harian Covid-19 yang tinggi.

PETALING JAYA – Sedar tentang betapa bahayanya virus Covid-19 ditambah lagi dengan banyak kes kematian melibatkan wanita mengandung membuatkan pelakon Elvina Mohamad menunda hasrat menimang cahaya mata kedua.

Perkara berkenaan didedahkan Elvina, 26, menjawab satu soalan daripada peminatnya menerusi Instagram ketika ditanya tentang perancangan menambah bilangan cahaya mata.

Bagaimanapun jawab pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, dia dan suami memang merancang untuk mendapatkan anak kedua tetapi bukan dalam tahun ini.

“Saya dan suami merancang nak ada anak kedua tapi bukan dalam tahun ini. Saya tak nak hamil sewaktu pandemik sebab terlalu berisiko.

“Jadi, andai virus ini berlalu pergi suatu hari nanti, barulah kami merancang semula. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Doakan ya!” katanya.

Sebelum ini, sebanyak 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac 2020 sehingga Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes dilaporkan semakin meningkat sejak Oktober 2020 dengan purata 200 kes jangkitan sebulan. Lonjakan kes juga dapat dilihat pada Mei dan Jun lalu masing-masing sebanyak 850 kes dan 899 kes.

Elvina yang mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen, dua tahun lapan bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI