fbpx

Peminat patah hati, tunggu Zul Ariffin pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak selamat bergelar suami orang, ramai dalam kalangan peminat yang menaruh hati padanya meninggalkan komen berbaur kecewa dalam laman sosial.

Menerusi pemerhatian yang dibuat dalam Instagram, rata-rata peminatnya dalam kalangan wanita telah meletakkan emoji dengan simbol ‘hati retak’ sebagai simbolik menunjukkan tanda kecewa atas pernikahan antara Remy dengan pasangannya, Ezza Yusof semalam.

Berita berkaitan: Remy Ishak kini milik Ezza Yusof

“21 Ogos hari patah hati,” kata seorang pengguna Instagram.

Sementara itu, nama Remy turut menjadi sohor kini dalam Twitter sejak pagi semalam apabila majlis pernikahannya menjadi bualan netizen dengan ramai meluahkan rasa kecewa selepas pelakon itu menjadi milik orang.

Tangkap layar nama Remy Ishak sohor kini di laman Twitter semalam.

“Saya gembira dengan Remy, tetapi penantian selama 12 tahun ini hanya melihat dia bersama dengan orang lain dan bukannya saya. Nak menangis seminggulah,” ciap seorang peminatnya.

“Nampaknya kena padam gambar Remy dalam telefon. Tak baik simpan foto suami orang. Sedih,” tulis seorang lagi peminat.

REMY kini milik Ezza. Mereka bernikah di Masjid Negara sebentar tadi.

Lebih lucu, gara-gara kecewa apabila pelakon pujaan mendirikan rumah tangga, terdapat peminat wanita memasang niat untuk menanti aktor kacak Zul Ariffin pula selain mencari Remy ‘Ishak’ yang lain.

Berita berkaitan: Semoga pernikahan jadi ikatan abadi – Remy Ishak

“Remy Ishak sudah kahwin, tunggu Zul Ariffin sajalah,” ciap seorang wanita.

“Adik, kakak jangan sedih Remy dan kahwin. Ada lagi Remy lain. Remy Subuh, Remy Zuhur, Remy Asar dan Remy Maghrib. Okey?” seloroh seorang netizen.

Terdahulu, pelakon filem Pulang itu telah selamat disatukan dengan pasangannya yang juga seorang usahawan, Roszaliza Yusof atau Ezza, 38, dalam satu majlis serba ringkas di Masjid Negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI