fbpx

Maus Siri 2 2021 pada 25 hingga 27 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiara Jacquelina

PETALING JAYA – Makmal Usahawan Seni Budaya (Maus) Siri 2 2021 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara bakal menampilkan tokoh-tokoh hebat sebagai panel jemputan bagi berkongsi pelbagai ilmu dan pengalaman dalam industri kreatif.

Antara tokoh berpengaruh yang akan memeriahkan acara berlangsung bermula 25 hingga 27 Ogos ini termasuklah pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Penganjuran Maus akan dimulakan dengan segmen Pemasaran Digital oleh pakar jualan dan pemasaran digital, Shila Hakim bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari sebelum diikuti segmen Bicara Selebriti Seni oleh Tiara Jacquelina pada pukul 2 petang.

Selain itu, segmen Bicara Selebriti turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengasas dan Pengarah Artistik Hands Percuccion, Bernard Goh dan Pengarah Sutra Dance Theatre, Datuk Ramli Ibrahim.

Orang ramai yang berminat menyertai Maus boleh mendaftarkan penyertaan dengan mengimbas kod QR di poster disediakan atau hubungi 03-2614 8200/2164/8243 untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI