fbpx

Pemandu van tidak beri ‘signal’ undang kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan selepas sebuah van gagal memberi lampu isyarat untuk memasuki simpang.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu van yang tidak memberi lampu isyarat untuk membelok sehingga menyebabkan kemalangan mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial berdurasi 39 saat itu jelas menunjukkan pemandu van berkenaan gagal memberi lampu isyarat dan kelihatan teragak-agak untuk memasuki simpang.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Berek 12, Kota Bharu baru-baru ini menyebabkan motosikal yang ditunggang seorang lelaki terbabas sebelum melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Bagaimanapun, keadaan penunggang motosikal terbabit tidak dapat dipastikan.

Salah seorang pengguna Facebook, Faiq Firdaus berkata, pemandu kenderaan seharusnya memberi lampu isyarat setiap kali mahu menukar lorong atau memasuki simpang.

“Benda ‘simple’, nak masuk simpang, bagi signal automatik akan pandang depan, sisi kiri atau kanan dan belakang.

“Dah terang-terang van itu salah, padahal jalan lurus dan dia boleh tahu motosikal tu laju ke tak sebab arah bertentangan kecuali arah dari selekoh. Dengan signal tak kasi, masuk simpang pun perlahan,” katanya.

Sementara itu, Hasrul Nizam berkata, keadaan jalan yang gelap menyebabkan pemandu van berkenaan sukar memastikan kedudukan simpang yang betul.

“Simpang gelap tiada lampu pun satu hal, pemandu van susah nak kenal pasti kedudukan sebenar simpang. Kelam kabut pun satu hal pemandu van ni. Dalam masa yang sama motosikal yang datang dari arah hadapan.

“Mungkin pemandu van yakin boleh lepas dan nak cepat masuk simpang. Apa-apa pun berhati-hati di jalan raya,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI