fbpx

Ismail Sabri bersyukur dilantik sebagai PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Al-Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa syukur atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya, beliau juga berterima kasih terhadap semua Ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan terhadapnya.

“Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pelantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih juga kepada kesemua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan. Insya-Allah saya akan menjalankan tugas ini untuk Malaysia,” katanya hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI