fbpx

Diana Rafar reda terpaksa gugurkan kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana

PETALING JAYA – Tiada rezeki, pelakon Diana Rafar reda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan semalam demi keselamatan diri selepas berlaku pendarahan sehingga menyebabkan tekanan darahnya menjadi terlalu rendah.

Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 39, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia hanya mengetahui dirinya sebenarnya sedang hamil pada minggu lalu selepas mengalami pendarahan secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu pun saya hamil sebenarnya. Cuma sekitar minggu lalu, saya alami pendarahan dan diberitahu doktor bahawa saya sedang hamil dua bulan.

“Tetapi selepas beberapa hari, tekanan darah saya sangat rendah iaitu bawah 70 dan kerap berasa hendak pitam, jadi doktor sarahkan supaya saya ‘cuci’ kandungan (terpaksa digugurkan). Mungkin kerana janin pun sudah tidak elok,” jelasnya.

Walaupun mengakui berasa sedikit terkilan, namun Diana bersama suami yang juga pelakon, Zamarul Hisham reda dengan ketentuan Illahi.

“Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Lagi pula anak ketiga saya masih belum berusia setahun.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih buruk, saya tertanya-tanya juga sama ada saya mampu (untuk hamil) pada ketika ini,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman pertamanya melakukan pembedahan, Diana berkata dia berasa sangat takut, lebih-lebih lagi apabila suaminta tidak dibenarkan untuk menemaninya dalam bilik pembedahan.

“Saya sangat takut bila terpaksa ditidurkan. Apatah lagi ini pengalaman pertama saya. Abang Zamarul pula tak boleh teman.

“Peraturan hospital sekarang. Dia hanya buat panggilan video. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Diana turut melahirkan rasa terharu apabila menerima ribuan mesej yang dihantar kepadanya dalam Instagram oleh peminat yang mendoakan kesejahteraannya.

“Terima kasih pasa semua. Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas satu persatu mesej anda. Doakan semoga saya cepat sembuh,” jelasnya.

Sekadar info, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 11, Kayla Reysha, 4 dan Kayden Haiqal, 11 bulan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI