fbpx

‘Dah rehearsal banyak kali dalam drama kot, come on!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GEMURUH. Remy Ishak berkongsi debaran bakal bergelar suami orang tengah hari ini.

PETALING JAYA – “I can do this! (Saya boleh buat ini). Dah rehearsal banyak kali dalam drama kot. Come on!”

Demikian ciapan menggelikan hati aktor popular Remy Ishak dalam Twitter yang akan bertukar status sebagai suami kepada usahawan Ezza Yusof selepas Zuhur di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Setakat pukul 12.40 tengah hari tadi, ciapan berkenaan mendapat hampir 10,000 ulang kicau (retweets) dan hampir 16,000 tanda suka (likes).

Dalam pada pada, pelakon filem Sangkar itu turut meluahkan kekecewaan apabila ahli keluarga sendiri tidak dapat menghadirkan diri pada hari bahagianya disebabkan pandemik Covid-19.

“Bahagian sedih, masa kakak, Erol dan Daus menikah, aku selalu ada. Kena jaga keluarga, tapi apabila ‘time’ aku.. Covid-19 memamg kejam. Allah lebih mengetahui,” coretnya dalam ciapan berasingan.

Remy atau nama lengkapnya, Mohammad Zalimei Ishak, 39 akan berkahwin dengan Ezza, 38, hari ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pernikahan hanya dihadiri dirinya, pengantin perempuan dan wali nikah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih tertakluk bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Remy mendedahkan kepada Kosmo! Online, kalau bukan sebab penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, dia sudah bergelar suami kepada Ezza Mei lalu.

Hujung Mac lalu, pelakon berkulit hitam manis itu meraikan hari jadi bekas tunangnya Ezza dengan menganjurkan majlis hari jadi di sebuah restoran sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan cinta mereka kembali berputik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI