fbpx

483,855 individu divaksin semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai 483,855 individu telah menerima vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) semalam.

Menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 hari ini, daripada jumlah tersebut, seramai 155,030 individu menerima dos pertama vaksin manakala 328,825 lagi lengkap dua dos.

Jumlah tersebut secara kumulatifnya menjadikan seramai 30,370,403 individu di negara ini telah divaksin setakat semalam.

Jumlah tersebut menjadikan peratusan vaksinasi populasi dewasa di negara ini yang sudah divaksin terdiri daripada 53.0 peratus persamaan 12,408,803 individu telah menerima dos pertama manakala 76.7 peratus atau 17,961,600 lengkap menerima dua dos vaksin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI