fbpx
Vaksin dos tunggal, CanSino dari Beijing, China tiba di KLIA, Sepang. FOTO IHSAN MOSTI

Vaksin CanSino tiba di Malaysia hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Sebanyak 200,000 vaksin dos tunggal CanSino berbentuk ‘finished product’ daripada pembekal CanSino Biologics, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7.50 pagi tadi.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, vaksin CanSino itu dibawa menaiki MAS Kargo menerusi pesawat MH361 dengan penerbangan dari Beijing, China.

Katanya, vaksin CanSino yang diterima itu adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh negara ini dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

“Bekalan ini akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan rendah akses.

“Ia seterusnya akan membantu negara mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Hadir menyaksikan ketibaan tersebut adalah Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.

Solution Biologics adalah Pemegang Pendaftaran Produk bagi CanSino di Malaysia. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR