fbpx

Hishammuddin ucap tahniah, mahu Ismail fokus pulihkan ekonomi, tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan sekalung tahniah atas pengumuman pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Hishammuddin berkata, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

“Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis Covid-19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, saya akan bantu sebaiknya menerusi apa jua kapasiti yang saya ada demi kepentingan negara tercinta. Amin Ya Rabbal Alamin.

“Selamat menjalankan amanah Datuk Seri. Semoga Allah merahmati ketentuan ini,” katanya dalam satu status di laman Facebook miliknya hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI