fbpx

Garis pantai negara alami hakisan 1,347.6 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan (DOSM) mendedahkan garis pantai di negara ini mengalami hakisan pantai sepanjang 1,347.6 kilometer (km) setakat tahun 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, angka terbaharu itu diperoleh menerusi Statistik Alam Sekitar 2020 yang diterbitkan DOSM hari ini.

Beliau berkata, secara amnya, garis pantai di negara ini adalah sepanjang 8,840 km dan kini hanya tinggal 7,492.4 km.

“Sarawak dengan garis pantai 1,234.1 km mengalami hakisan pantai sepanjang 492.5 km diikuti Sabah (429.3 km) dan Perak (95.1 km),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Uzir berkata, pesisir pantai adalah kawasan yang cenderung terdedah kepada pelbagai ancaman terutama hakisan.

Beliau berkata, impak daripada hakisan yang berlaku akan menyebabkan kerugian terhadap sektor pelancongan dan sumber ekonomi.

Menurutnya, merujuk Survei Pelancongan Domestik 2020, aktiviti pantai dan laut adalah salah satu aktiviti utama bagi tujuan pelancongan.

“Berdasarkan penerbitan Akaun Satelit Pelancongan 2019, industri pelancongan menyumbangkan sebanyak 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan nilai sebanyak RM240.2 bilion pada 2019 berbanding RM220.4 bilion pada tahun 2018,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI